Berdekatan sebatang pokok, seorang gadis leka mencoret. Khusyuk. Entah apa dicoretkan.
Tiba² hujan turun tanpa sebarang tanda. Gadis yang leka mencoret itu tersentak.
Cepat² disembunyikan buku comel itu.
Gerak-geri gadis itu terhenti seketika. Dibiarkan buku itu, terus dia bangkit & bermain dalam hujan.
Ceria berpusing-pusing, tidak dipedulik mereka yang melihat. Seolah hujan dan dirinya bersatu, dibiarkan saja basah segalanya.
Sampai satu saat, gadis itu terhenti, dilihatnya buku comel dia, basah dengan air mata langit. Tulisan kecilnya hampir hilang angkara air langit tapi dia masih tersenyum.
Lantas dia kembali menyanyi riang di dalam hujan.
Hujan itu indah.
"telah lama aku jauhitelah lama aku hindariayuh, berdansalah dalam hujanseolah esok tiada lagi hujan menemani"

4 comments:
aku mahu menari bersama dengan si gadis itu
ngeee~
jangan!
demam kang
hahaha
jangan!
demam kang
hahaha
mari mandi hujan.
iyaaahuuuu!
:)
Post a Comment